Monday 27 June 2011

REZEKI ..

Salam Sayang..

Sering kita dengar kalau Allah nak beri rezeki tidak kira dimana-mana kadang2 tanpa kita sedari ianya datang secara tiba-tiba tetapi tidak mustahil kalau Allah menarik semula ianya pun tidak siapa  boleh menghalangnya.
Memohon rezeki sambil  berdoa kepada Allah adalah satu2 cara untuk kita lebih mendekati Allah disamping berdoa hendaklah kita berusaha agar permintaan kita itu diperkenankan olehnya, tidak cukup untuk sekali berdoa malah berpuloh2 kali berdoa kadang2 hanya satu diperkenankanya.

Oleh itu dekatkan diri dan mengadu pada Allah sambil berusaha adalah sesuatu yang patut kita lakukan sebagai hambanya didunia ini.

Hari ini umi ingin mencoretkan ' rezeki ' umi agar sesiapa yang membaca coretan umi ini berkongsi cerita dan
jadikan ianya sebagai pengalaman paling indah dalam kehidupan ini.

' Setiap wanita lahir ke alam ini semua inginkan kebahgiaan tidak ada seorang pun yang hidupnya inginkan kehancuran. Berbagai alam setiap wanita itu tempuhi dari alam rahim ibu ke dunia fana ini dan terus alam bayi-kanak-kanak, remaja, bercinta dan terus kejinjang pelamin dan menjadi seorang isteri, ibu dan mengakhiri kehidupan didunia ini apabila sampai panggilan illahi.

Setiap proses kehidupan manusia itu sudah pun ditentukan oleh Allah dan kita patut mempercayai qada dan qadarnya.Tapi apa yg ingin umi kongsikan hari ini ialah penyambung zuriat agar insan yang tiada didunia ini agar diingati oleh insan yang lain. Walau pun pemergianya sudah lama pergi tp hr ini paling gembira kerana anugerah rezeki zuriat dari Allah telah diperkenankan ..amin..alhamdullillah.. 

2 comments:

  1. alolololo opah niii...kalau ada arwah ayah mesti dia suka kan! yay! nak pergi kubur lah this week!

    ReplyDelete
  2. tahniah aunty..x lama lagi akan jadi opah..:)

    ReplyDelete