Tuesday, 25 October 2011

Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Kanak-kanak Prasekolah.

Salam sejahtera umi ucapkan kepada sesiapa yang membuka blog ini.. Terima kasih juga kerana  sudi membuka blog ini walau pun umi tak sempat nak membalasnya namun umi cuba untuk melayarinya.

Alhamdullillah 2011 sudah hampir kepenghujungnya bagi guru2 dan pengusaha Tadika sudah tentu sibuk  untuk persiapan hujung tahun ni. Umi salah seorang yang tidak terkecuali  daripada kesibukan    ini. Kebiasaanya kami mengambil kesempatan menolong kawan2 yang seangkatan dlm bidang ini  .
Tujuanya untuk menyokong dan membantu mereka utk persembahan hujung tahun , disamping itu dapat juga menimba ilmu pengetahuan dan di praktikan di Tadika sendiri sekiranya baik.

Surat Jemputan untuk perasmi/majlis dan ibu/bapa sudah pun diedarkan. Dewan sudah pun ditempat. Guru-guru masing-masing sibuk membuat latihan kepada kanak-kanak begitu juga hadiah sudah pun dibeli, senang cerita semua sudah disediakan cuma menunggu tarikh majlis sahaja.

Konon-kononya nak membuat kelainan sedikit tahun ini iaitu Pengacara Jemputan sudah pun dijemput, mungkin berlainan sedikit daripada tahun-tahun yang lalu. Insyallah moga-moga tahun ini majlis dapat berjalan dengan lancar dan sekurang-kurangnya umi  dapat tidur lena bagi memikirkan persiapan majlis itu nanti.

Apa2 pun saya mengucapkan terima kasih kepada semua guru-guru kerana membantu dan menyokong majlis itu nanti. Insyaallah sedikit jamuan majlis kesykuran untuk semua Guru-guru Takis.

" Keep up your good works and hope Allah always bless your way."

Friday, 12 August 2011

Resepi Goreng Ayam Pandan

Hai... Salam Ramadhan pada semua yg baca umi punya blog ni.

Hari ni nak ketuk2 Ramadhan sekarang ni takut sangat nak beli dkt luar makanan. bukan apa dah banyak sangat  keracunan takut nanti sob..sob kita pulak yg kena. Oleh itu umi nak bagi resepi goreng ayam pandan.Tujuannya anak2 umi dah jgn pg beli dkt luar sana membazir.. dah lah tak besih.

Ayam 1/2 ekor klau boleh cari bhgian dada.. potong kecik2 sebelum tu sediakan bawang,halia,serai dan bawang putih dan kunyit hidup blendkan gaul ayam dlm bahan yg diblend tadi selepas itu campurkan garam dan sos tiram', balutkan ayam dengan daun pandan macam buat ketupat palas dan terus goreng dgn api yg perlahan.

Selamat mencuba...

Thursday, 11 August 2011

SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum semua yang membaca coretan umi ini.

Hari ni dah 11 hari berpuasa rasa terlalu cepat masa berlalu diam tak diam tak lama lagi Ramadhan akan meninggalkan kita dan syawal akan menjelma pula. Begitu lah masa berputar tanpa menunggu walau seminit pun jua. Kadang-kadang terasa hidup ni dah lama didunia ini bagi yang dah pergi dah pun jauh perjalanan mereka, kini kita yang tinggal ni dah dekat nak pegi ikut mereka.

Walau bagaimana pun dalam kehidupan ini kita tidak  terlepas dari hukum alam cuma  menanti hari yang  bakal tiba dan tak pasti bila. Untuk itu dalam kehidupan yang singkat ni mari lah kita memaafi diantara  satu sama lain kerana di takuti Ramadhan kali ini adalah  Ramadhan  terakhir buat kita semua.

Salam kesyukuran buat orang yang kita  sayangi semuga kita   sentiasa didalam pemeliharaan Allah.

Monday, 27 June 2011

REZEKI ..

Salam Sayang..

Sering kita dengar kalau Allah nak beri rezeki tidak kira dimana-mana kadang2 tanpa kita sedari ianya datang secara tiba-tiba tetapi tidak mustahil kalau Allah menarik semula ianya pun tidak siapa  boleh menghalangnya.
Memohon rezeki sambil  berdoa kepada Allah adalah satu2 cara untuk kita lebih mendekati Allah disamping berdoa hendaklah kita berusaha agar permintaan kita itu diperkenankan olehnya, tidak cukup untuk sekali berdoa malah berpuloh2 kali berdoa kadang2 hanya satu diperkenankanya.

Oleh itu dekatkan diri dan mengadu pada Allah sambil berusaha adalah sesuatu yang patut kita lakukan sebagai hambanya didunia ini.

Hari ini umi ingin mencoretkan ' rezeki ' umi agar sesiapa yang membaca coretan umi ini berkongsi cerita dan
jadikan ianya sebagai pengalaman paling indah dalam kehidupan ini.

' Setiap wanita lahir ke alam ini semua inginkan kebahgiaan tidak ada seorang pun yang hidupnya inginkan kehancuran. Berbagai alam setiap wanita itu tempuhi dari alam rahim ibu ke dunia fana ini dan terus alam bayi-kanak-kanak, remaja, bercinta dan terus kejinjang pelamin dan menjadi seorang isteri, ibu dan mengakhiri kehidupan didunia ini apabila sampai panggilan illahi.

Setiap proses kehidupan manusia itu sudah pun ditentukan oleh Allah dan kita patut mempercayai qada dan qadarnya.Tapi apa yg ingin umi kongsikan hari ini ialah penyambung zuriat agar insan yang tiada didunia ini agar diingati oleh insan yang lain. Walau pun pemergianya sudah lama pergi tp hr ini paling gembira kerana anugerah rezeki zuriat dari Allah telah diperkenankan ..amin..alhamdullillah.. 

Tuesday, 21 June 2011

Seikhlas rasa segengam harapan..

Salam sayang.

'Sports Day' untuk kanak2 akan tiba tidak lama lagi. Persiapan awal perlu dilakukan agar majlis dapat berjalan dengan lancar.Mesyuarat Guru dan AJK telah pun diadakan.Sekarang hanya menunggu hari dan guru2 pun sibuk melatih sports boys and girls. Excited gile lah dia orang bersukan dengan penuh semangat wajanya..
Kadang-kadang terfikir juga kami guru2 ni kadang2 syok sendiri tak tau lah feedback dari parents....
suka ke tidak ke tiba2 bila dah habis sukan mcm org buat rumah siap aje rumah  pahat pun berbunyi, kalau bunyi sayu tak ape ni bunyi sakit telinga.  Apa..apa pun terima aje lah.. sbb tak ade semua dlm dunia yang puas hati kadang2 kita suka tp ada pulak yg disebaliknya.

Walau bagaimana pun itulah kehidupan walau kita warnai atau pun kita corak ia tetap ada persepsi yg tersendiri dari berbagai pihak . Cuma harapan 'Sports day' tahun ni berjalan lancar dan   kanak2 enjoy dan paling penting matlamatnya tercapai utk kanak2 Takis.  Good luck!................

MUTIARA KATA - Hari semalam sudah tentu berlalu dan hari esok belum tentu menjanjikan kebahgiaan. Oleh itu kehidupan ini kreatifkan lah sendiri ikut cita rasa kita agar kebahgiaan sering mendampingi kita.

Monday, 20 June 2011

Mesyuarat Guru Takis Wariqissalam

Assalamualaikum..

Apa khabar semua semuga hari ini semua yg membaca coretan umi ini sihat dlm pemeliharraan allah hendaknya. Sabtu lps tlh di adakan mesy.guru2 Takis. Alhamdullilah berjln lancar. Guru2 masing2 bagi cadangan untuk majlis 'Sports Day' yg akan dtg tidak lama lagi.

Bermacam idea yg diberikan saya merasa teruja di atas committment yg mereka berikan. Insyallah cadangan guru2 itu akan saya bentangkn pd Mesy.Ibubapa 21/6/2011 utk diluluskan.

Terima kasih cikgu2 semua. di akhir mesy saya belanja semua pg makan di Restaurant Pak Li makan nasi ayam lemon.

MUTIARA KATA..... Orang yang suka buruk sangka terhadap orang lain adalah sikap yang tidak baik sbb ianya bukan shj berdosa malah innya menginaya  mereka yg tidak bersalah. semuga jadikn ikhtibar  utk mendpt keberkatan dlm kehidupan ini... AMIN..

Tuesday, 14 June 2011

Susahnya jadi Boss

Salam Sayang ....

Kadang-kadang ramai orang kata jadi boss best.. boleh buat itu ini semua kuasa ditangan kita.  Tapi  kadang-kadang pening dengan kerenah Staff bila kita buat baik kena pijak bila cakap kasar lagilah sebakul gosipnya.

Baru-baru ni ditegur mula lah melenting tak nak datang mesyuarat ,tak nak ambil tahu apa2 hal semua buat sendiri nak tengok muka boss pun tak suka.. Ini apa hal kalau tak nak bagi kerjasama susahlah sebetulnya mereka belum jumpa lagi boss yang hati kering kalau dapat boss macam itu baru tau buku dengan ruas.

Apa2 pun ini sekadar luahan  rasa hati saya terpulanglah kalau rasa tak puas hati ok angkat kaki and say goodbye.. sebab saya malas nak layan staff macam ni.

Semuga apa yang kita buat hari ini mendapat keredhaan dari Allah.

Saturday, 11 June 2011

Bersih kelas

Assalamualaikum...

Esok last day cuti sekolah dah 2 minggu cuti tak tau lah sekolah dah jd apa mintak2  tak lah teruk sgt. SMS dah pun dikirim pd semua guru kelas masing2 untuk dtg bersihkan kelas.

Kebersihan adalah amalan kita semuga kanak2 dtg pd Isnin ini mereka dlm keceriaan sbb klau kelas yang kotor bukan hanya membosankan malah tak ada mood nak mengajar.

Harap cikgu2 dpt hadir dan memberi kerjasama gotong royong..
Umi belanja Nasi lemak kopi O.

Ini saja coretan umi hr ni. Hope success.