Friday 12 August 2011

Resepi Goreng Ayam Pandan

Hai... Salam Ramadhan pada semua yg baca umi punya blog ni.

Hari ni nak ketuk2 Ramadhan sekarang ni takut sangat nak beli dkt luar makanan. bukan apa dah banyak sangat  keracunan takut nanti sob..sob kita pulak yg kena. Oleh itu umi nak bagi resepi goreng ayam pandan.Tujuannya anak2 umi dah jgn pg beli dkt luar sana membazir.. dah lah tak besih.

Ayam 1/2 ekor klau boleh cari bhgian dada.. potong kecik2 sebelum tu sediakan bawang,halia,serai dan bawang putih dan kunyit hidup blendkan gaul ayam dlm bahan yg diblend tadi selepas itu campurkan garam dan sos tiram', balutkan ayam dengan daun pandan macam buat ketupat palas dan terus goreng dgn api yg perlahan.

Selamat mencuba...

Thursday 11 August 2011

SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum semua yang membaca coretan umi ini.

Hari ni dah 11 hari berpuasa rasa terlalu cepat masa berlalu diam tak diam tak lama lagi Ramadhan akan meninggalkan kita dan syawal akan menjelma pula. Begitu lah masa berputar tanpa menunggu walau seminit pun jua. Kadang-kadang terasa hidup ni dah lama didunia ini bagi yang dah pergi dah pun jauh perjalanan mereka, kini kita yang tinggal ni dah dekat nak pegi ikut mereka.

Walau bagaimana pun dalam kehidupan ini kita tidak  terlepas dari hukum alam cuma  menanti hari yang  bakal tiba dan tak pasti bila. Untuk itu dalam kehidupan yang singkat ni mari lah kita memaafi diantara  satu sama lain kerana di takuti Ramadhan kali ini adalah  Ramadhan  terakhir buat kita semua.

Salam kesyukuran buat orang yang kita  sayangi semuga kita   sentiasa didalam pemeliharaan Allah.