Thursday 11 August 2011

SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum semua yang membaca coretan umi ini.

Hari ni dah 11 hari berpuasa rasa terlalu cepat masa berlalu diam tak diam tak lama lagi Ramadhan akan meninggalkan kita dan syawal akan menjelma pula. Begitu lah masa berputar tanpa menunggu walau seminit pun jua. Kadang-kadang terasa hidup ni dah lama didunia ini bagi yang dah pergi dah pun jauh perjalanan mereka, kini kita yang tinggal ni dah dekat nak pegi ikut mereka.

Walau bagaimana pun dalam kehidupan ini kita tidak  terlepas dari hukum alam cuma  menanti hari yang  bakal tiba dan tak pasti bila. Untuk itu dalam kehidupan yang singkat ni mari lah kita memaafi diantara  satu sama lain kerana di takuti Ramadhan kali ini adalah  Ramadhan  terakhir buat kita semua.

Salam kesyukuran buat orang yang kita  sayangi semuga kita   sentiasa didalam pemeliharaan Allah.

1 comment: