Tuesday 25 October 2011

Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Kanak-kanak Prasekolah.

Salam sejahtera umi ucapkan kepada sesiapa yang membuka blog ini.. Terima kasih juga kerana  sudi membuka blog ini walau pun umi tak sempat nak membalasnya namun umi cuba untuk melayarinya.

Alhamdullillah 2011 sudah hampir kepenghujungnya bagi guru2 dan pengusaha Tadika sudah tentu sibuk  untuk persiapan hujung tahun ni. Umi salah seorang yang tidak terkecuali  daripada kesibukan    ini. Kebiasaanya kami mengambil kesempatan menolong kawan2 yang seangkatan dlm bidang ini  .
Tujuanya untuk menyokong dan membantu mereka utk persembahan hujung tahun , disamping itu dapat juga menimba ilmu pengetahuan dan di praktikan di Tadika sendiri sekiranya baik.

Surat Jemputan untuk perasmi/majlis dan ibu/bapa sudah pun diedarkan. Dewan sudah pun ditempat. Guru-guru masing-masing sibuk membuat latihan kepada kanak-kanak begitu juga hadiah sudah pun dibeli, senang cerita semua sudah disediakan cuma menunggu tarikh majlis sahaja.

Konon-kononya nak membuat kelainan sedikit tahun ini iaitu Pengacara Jemputan sudah pun dijemput, mungkin berlainan sedikit daripada tahun-tahun yang lalu. Insyallah moga-moga tahun ini majlis dapat berjalan dengan lancar dan sekurang-kurangnya umi  dapat tidur lena bagi memikirkan persiapan majlis itu nanti.

Apa2 pun saya mengucapkan terima kasih kepada semua guru-guru kerana membantu dan menyokong majlis itu nanti. Insyaallah sedikit jamuan majlis kesykuran untuk semua Guru-guru Takis.

" Keep up your good works and hope Allah always bless your way."

1 comment: